Friday, December 4, 2009

Mengumpat,dengki dan sombong

Mengumpat adalah perbuatan yang tercemar, semua manusia ada celanya. Seperti
diri kita sendiri tidak suka diumpat dibelakang. Peliharalah lidah dari membicara
keaiban orang lain samada dikenali atau tidak. Juga jauhi perkara yang sebangsa
dengannya iaitu menfitnah, membusukan orang lain. Jangan mengotori diri dengan
perbuatan begini. Dan usalah merasa iri hati terhadap teman yang mendapat kurnia
dari ALLAH yang telah dilimpahkan ALLAH terhadapnya.

Tidak ada faedah terhadap diri kita, apa yang dapat hanya terasa jiwa yang resah,
hati dibaluti selimut kekotoran. Merupakan lambang betapa jeleknya seseorang itu.
Kenikmatan orang lain tidak akan berpindah pada kepada kita. Kedengkian itu dapat
merosakkan iman, bagaikan badam merosak madu. Begitu juga dengan bersikap
sombong selalu menyakiti orang yang paling dicintai iaitu diri sendiri.


Firman ALLAH yang bermaksud:
Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan
(supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya
sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau
mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu
mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan
daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka
sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang
tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat,
lagi Maha mengasihani.- Al-Hujurat:12

Wednesday, December 2, 2009

lawak tapi tak lawak.....

.....Allah saja yang tahu...
Message: Tolonglah ambil masa 2 minit untuk
membaca
ini....
kalau lebih 2
minit
tu bukan membaca tu..tapi mengeja. namanye. ;-)


Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi
Maha
Pengasih...


Bayangkan benda ini berlaku pada anda..... Suatu
hari pada waktu
Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih
kurang
1,000 jemaah...
tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi
seluruh tubuhnyer dgn
pakaian hitam.. tak nampak apa cuma dua biji
mata and
membawa mesin
gun... lalu salah seorang lelaki tu bertempik "
"Sesiapa yang sanggup
MATI
kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu"
Selepas
mendengar amaran
lelaki
itu maka segeralah bertempiaran lari para
jemaah
itu
utk
menyelamatkan
diri.... daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya
tinggal lebih
kurang
20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat
masing-masing termasuk
Pak
Imam tu... Lelaki yang bertempik tadi segera
membuka
tutup mukanya
lalu
melihat ke arah Pak Imam sambil berkata: "Ok
Pak
Imam, saya dah
halau
SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak
Iman
mulakan sembahyang
Jumaat".... Lalu kedua lelaki tersebut berpaling
dan
meninggalkan
jemaah.... Macammana.. adakah anda rasa lawak
dgn
cerita di atas.
selain
terhibur anda fikirlahlah...


" Lawak kan , dari 1,000 org yg mengaku dia
Islam hanya
20 yg
betul-betul
beriman... "


" Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah
lupakan
ALLAH bila
menghadapi bahaya... kedua lelaki hanya
membawa
machine-gun.. dia tak
kata
pun
nak bunuh.. tapi generasi skrang.. amat lemah..
baru
kena ugut
terus
lari
lintang pukang.. lupa yg dia tak sembahyang
jumaat
lagi..."


"Lawak, ada juga yang agamanya cuma
seminggu sahaja..
tu pun bila time
sembahyang jumaat.. tunjuk muka kat org
kampung.. ada
tu lagi dashyat
setahun 2 kali aje.. bile time sembahyang raya..."


"Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip
dan apa
yang di tulis
oleh surat khabar daripada apa yang tercatit
dalam
al Quran"


"Lawak kan , berapa ramai yg percaya dunia
hanya
sementara, akhirat
adalah
tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba
mengejar dunia"


"Lawak, kita boleh bersembang dgn boyfriend
atau
girlfriend
berejam-rejam
tapi nak berdoa kepada ALLAh alahai.. tak cukup
masa..

Monday, November 30, 2009

Siapakah kita utk menghukum....

Ap nk jadi dgn dunia skrg...mcm2 perkara yang kadang2 tak terpikir dan terjangkau dek akal...adakah kita mempunyai kuasa sehingga kuasa yg hanya dipinjamkan kepada kita itu melangkaui kuasa yang ad pada Allah SWT..nauzubillah...kenapa disebabkan oleh fahaman politik..kita mnjadi terlalu taksub..kenapa politik menjdi satu keutamaan kepada golongan yang terlampau taksub sehingga melampaui urusan keagaamaan kita...sepatutnya agama didahulukan...adalah menjadi satu yang menyedihkan apabila golongan ulama dan umara yang sepatutnya menjadi penunjuk kepada rakyat,kini menjadi satu golongan yang sudah lupa asal usul..tujuan dipilih sebagai pemimpin sudah diletak ditepi..serban,kopiah yang dipakai ibarat sebagai pelengkap kepada penampilan diri..tidak menunjukkan nilai seiiring dengan pemakaiannya.apatah lagi yang tidak berserban,berjubah..mengikut sunnah nabi kononnya..tapi nabi x pernah mencerca sesama islam...x pernah mendoakan keburukan orang sehingga ketahap mendoakan diturunkan bala kepada orang2 tertentu...malahan nabi kita juga x pernah mangajar kita untuk memerangi golongan kafir sekiranya mereka tidak memusuhi kita...apatah lagi untuk memerangi kita sesama islam..masyaallah..Islam itu agama yg syumul..tidak menyusah kan ummatnya...jgnlh disebabkan kepentingan sesuatu..kita mengorbankan agama kita..agama bukan untuk dipermainkan..diletak,diamik,dibwak ketengah ketepi utk disesuaikan dengan kepentingan diri..agama adalah pegangan kita,.dunia dan akhirat..sebagai khalifah di muka bumi ini..kdg2 kita terlalai,terlupa..tanggungjawab kita..sma2 lh kita berdoa untuk kebaikan kita sendiri..masyarakaat islam...amalkanlah 'AMAL MAKRUF NAHI MUNGKAR"..insyaallah..

Monday, October 5, 2009

antara KAWAN dan KEKASIH....

Ramai orang mengutamakan KAWAN dari KEKASIH...
dan ada juga mengutamakan KAWAN kerana KEKASIH...

hadirnya seorang KEKASIH sejati sebagai pelengkap kehidupan dan mengisi kekosongan hati ...hadirnya KAWAN sebagai sahabat sejati ...berkongsi segala suka duka dan teman sepermainan dan belajar ....

Antara KAWAN dan KEKASIH Yang mana harus dipilih..?
KAWAN pengubat kesunyian,
KEKASIH penyembuh kelukaan.

Antara KAWAN dan KEKASIH yang mana harus didahulukan..?
KAWAN tempat mengadu,
KEKASIH tempat bermadu.

Antara KAWAN dan KEKASIH Keduanya tak bisa disisih...
KAWAN menghulurkan bantuan
KEKASIH menghulurkan sokongan.

Antara KAWAN dan KEKASIH Keduanya diperlukan...
KAWAN sekuntum senyuman,
KEKASIH sepenuh perhatian

Antara KAWAN dan KEKASIH Bilakah akan bersatu...?
KAWAN sejujur kata,
KEKASIH setulus setia
KEKASIH silih berganti Kerana tiada kesefahaman.. tetapi KAWAN sentiasa disisi mendengar masalah dan mengambil berat tentang diri kita

JIKA KAWAN itu KEKASIH...dan KEKASIH itu KAWAN...
perlu lah dihadiahkan "Sedalam lautan Setinggi kayangan" kerana "Kasih sayang tiada sempadan" tapi sayang...
KEKASIH tetap KEKASIH...
KAWAN tetap KAWAN...
perbezaannya terlalu ketara.. tapi keadaannya tetap sama..


Wednesday, September 30, 2009

FiKiRkAnLaH..

Bila kita syg org tu Kita terima je apa yg org tu kata Tp bila kita kata dia? Hati kata takpe manusia tak perfect....

Bila kita syg org tu Kita tnggu dia lame pn x pe Tp bila dia tnggu kita???dia mrh2 Hati kata ala, adatlah ada yang mnnunggu n dtnggu....

Bila kita syg org tu Kita x tdo pn x pe lyn dia yg ngah bosan, Tp bila kita bosan¿ Ada dia layan kita? HAti kata x pe dia busy kot.....

Bila kita syg org tu Kita gdh ngan dia, kita diam je Tp dia heboh 1 dunia HAti kata x pe, dia tension tu.....,

Bila kita syg org tu Kita kol nak ckp ngan dia Tp dia pulak xjawab fon¿ Bila jd cm2, x pe HAti kata, x pe k buat cam ne dh nasib...

Bila kita syg org tu Kita bercerita dgn dia,ibarat crita ngan tunggul lg baik Tp bila dia bercerita ngan kita Kita dgr, sepatah2 kite ingt HAti kata x pe syg la katakn...

Bila kita syg org tu Kita sanggup bg dia rest bila dia letih, Tp bila kita letih, dia srh jugak kita lyn dia bila dia bosan Adil ker? HAti kata, ala bukan selalu pun..

Bila kita syg org tu Kita jadi cam org gila bila dengar dia sakit, Tp bila kita sakit, Dia siap kuar ngan kwn2 dia meraikan hari kesakitan kita, HAti kata, ala x pe, x kn dia nak berkepit ngan kita 24 jam....

Bila kita syg org tu Kita x prnh pntingkan diri sndri Tp dia hpokrit thp ngaban HAti kata x pe, dia mmg cm2 kene lah trima..

Bila kita syg org tu Kita syg nk tngglkn dia slama2nya Tp dia x tahu kita berdpn dgn maut, Wlpn kita skt,dia kata kat kita,sakit bese2 jer, jgn nk mngarut HAti kata, cmnelah dia bila kita x de, msti dia hepi..

Bila kita syg org tu Kita x snggp tngk dia derita Tp dia x prnh hargai diri kita, HAti kata, tau x btapa kita syg kan dia????

Bila kita syg org tu Kita snggup tngglkn dia selama2nya untk dia bhgia Tp adakah dia tahu pngrbanan yg kita lakukan itu???... fikir2kan...

Thursday, September 24, 2009

HELLO FRIENDS..


Friendship is not a Game to Play
Friendship is not a game to play, It is not a word to say, It doesn't start on March
and ends on May, It is tomorrow, yesterday, today and everyday.

Moon said to me to leave your friend
Moon said to me, if ur friend is not messaging u why dont you leave ur friend.
I looked at moon and said does ur sky ever leave u when u dont shine.
Age appears to be best in some things
Age appears to be best in some things. Old wood best to burn. Old books best
to read. Old rice best to eat and old friends best to keep

To live a life
To live a life i need heartbeat, 2 have heartbeat i need a heart, 2 have heart
i need happiness, to have happiness i need a friend, and 4 a friend i need
U.ALWAYS
True friends r like morning
True friends are like mornings, u cant have them the whole day, but u can be
sure, they will be there when u wakeup tomorrow, next year and forever.
Make 1000's friends
Its not an achievement to make 1000's friends in a year, but an achievement is
when you make a friend for 1000's years.
6 rules to be HAPPY
6 rules to be HAPPY: Free your heart from hatred; Free your mind from worries;
Live simply; Expect less; Give more & Always have ME as UR FRIEND
Never abandon old friends.
Never abandon old friends. They are hard 2 replace. Friendships is like wine:
it gets BETTER as it grows OLDER. Just like us... i get BETTER, u get OLDER.

Tuesday, September 15, 2009

dak2 comm p bukak posa..



ehm aku x tau la ni yg le berapa kali dpt kumpul ramai2..tp cm yg first ja sjak aku jd ahli communication eng unimap ni...haha,(may be aku yg x pnh join kot)..tp kira ok lh ,tahniah kpd sdr apezz kelantan n d geng yg tlh berjaya mnyatukan suma sekali ibarat 'satu malaysia' keloalan PM kita...(ap kehe,x da ken mengena)..mcm mna pun,mmg best la dpt berbuka sama2..rmaai2..mcm nk pch dewan mkn T hotel...haha...gler r..ad yg nk bgmbr...mcm2 r karenah...tp mmg best!!!..terbaek r kwn2...len kali kna wat lg noh...tp may be bkn majlis berbuka dh la..sbb nk diikutkn..ni lh posa terakhir kt unimap..kalau suma nya lulus n grad next year..hopefully..

Hati seorang Wanita...

Jika seorang wanita itu menangis di hadapanmu,
Itu bererti dia tak dapat menahannya lagi.

Jika kamu memegang tangannya saat dia menangis,
Dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu.

Jika kamu membiarkannya pergi,
Dia tidak akan pernah kembali lagi menjadi dirinya yang dulu.
Selamanya….

Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,
Kecuali di depan orang yang amat dia sayangi.
Dia menjadi lemah.

Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,
Hanya jika dia sangat menyayangimu,
Tiada lagi rasa egonya,

Lelaki,
jika seorang wanita pernah menangis kerana dirimu,
Tolong pegang tangannya dengan pengertian.
Dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu.

Lelaki,
jika seorang wanita menangis keranamu.
Tolong jangan mempersiakannya.
Mungkin kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis di depanmu,
Saat dia menangis keranamu,
Lihatlah matanya….

Dapatkah kau lihat dan rasakan sakit yang dirasakannya?
Fikirkan….
Wanita mana lagi yang akan menangis
dengan murni, penuh rasa sayang,
Di depanmu dan kerana dirimu..

Dia menangis bukan karena dia lemah
Dia menangis bukan kerana dia menginginkan
simpati atau rasa kasihan.
Dia menangis,
Kerana menangis dengan diam-diam
sudah tidak mampu bagi dirinya,

Lelaki,
Fikirkanlah tentang hal itu.
Jika seorang wanita menangisi hatinya untukmu,
Dan semuanya kerana dirimu.
Inilah waktunya untuk melihat apa yang telah kau
lakukan untuknya.

Hanya kau yang tahu jawapannya..
Pertimbangkanlah, kerana suatu hari nanti
Mungkin akan terlambat untuk menyesal,
Mungkin akan terlambat untuk mohon ‘MAAF’!!

Sunday, September 13, 2009

Cerita Tentang MALAS

Pada masa dahulu, ada sebuah kampung dimana semua rakyatnya amat RAJIN belaka tidak ada yang malas.
Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari seorang yang malas. Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengaku

Katanya : "saya adalah yang paling malas"

Raja pun bertanya : "apa tahap malas awak?"

Lalu jawab lelaki tersebut :"kalau saya hendak makan,ada orang yang menyuapkan saya".

Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi : "Saya lebih malas lagi dari dia tuanku".

Tuanku pun bertanya kepadanya : "sampai mana pulak tahap malas awak?"

maka jawabnya : "Kalau saya makanpun, sampai ada orang tolong kunyahkan".

Maka raja pun terdiam.....
Tanpa disangka2 datang seorang budak lelaki datang kepadanya sambil berkata:

"saya adalah yang paling malas tuanku".

Raja pun bertanya: "bagaimana pula tahap kemalasan awak?"

budak itu pun menjawab : "Nak cite pun malas"....

PUASA SI MISKIN

huhu,,,,tersentuh aku bila baca cerita ni...kdg2 kita terlupa ad lagi org yg masih hidup dlm keadaac cm ni...

layaaaannnn:

Sekadar renungan.... .......buat peringatan buat diriku yang sering terlepas pandang. Aku telah menemui sebuah rumah yang usang. Rumah itu hanya berdindingkan buluh bertanggakan batang kelapa. Di serambi rumah itu ada beberapa anak kecil yang kelihatan lesu dan letih. Aku hampiri mereka lalu bertanya kepada yang paling tua antara mereka, seorang kakak yang berumur baru kira-kira 11 tahun:

"Mana emak? "
"Mak pergi menoreh," jawabnya.

"Mana bapak?"
"Bapak pergi kerja..."

"Habis tu adik yang kecil ini siapa yang jaga?" Di situ ada seorang bayi dalam lingkungan umur 5 bulan.
"Adik ini sayalah yang jaga."
Jawab budak berkenaan.
"Awak ada berapa orang adik-beradik? "
"Sepuluh."

"Adik ni yang ke berapa?"
"Saya yang kelapan."

"Mana abang-abang kamu pergi?"
"Tolong emak menoreh."

"Adik puasa hari ini?"
"Sama je pakcik, puasa ke tidak.. Kami ni makan sekali je sehari...."
Jawabnya.
Mendengar kata-kata itu aku sungguh terharu.
Lalu aku bertanya lagi "Adik bersekolah dimana?"
"Saya tak sekolah.. Emak bapak tak mampu..".

"Bapak kerja apa?"
"Tangkap ikan kat sungai nak buat lauk bukak puasa ".


Budak itu memberi tahu, lebih baiklah bulan puasa berbanding bulan lain kerana pada bulan puasa mereka dapat makan kuih. Ada saja orang yang hantar. Aku berlalu dari situ dengan seribu-satu keinsafan. Kebetulan di simpang jalan ada orang menjual daging lembu tempatan. Aku beli satu kilo tulang lembu. Di kedai runcit pula, aku beli rempah sup dan sepuluh kilo beras untuk disedekahkan kepada keluarga itu. Bila saja aku beri barang-barang itu pada adiknya, dia melompat kegembiraan sambil menjerit "Yeh yeh..! Kita dapat makan daging malam ni..!". Aku bertanya kepada si kakak mengapa adiknya girang sangat. Dia memberitahu aku, sejak dari raya korban tahun lepas baru sekarang mereka berpeluang makan daging lembu sekali lagi. Seminggu kemudian aku datang lagi ke rumah itu. Bila mereka melihat aku datang, mereka girang menyambutku di pintu rumah. Kebetulan pada hari itu aku sempat berjumpa dengan ibu mereka. Sungguh menyedihkan cerita yang aku dengar: Anak yang berumur 4 tahun itu memberitahu padaku bahawa mereka sudah seminggu makan sup tulang yang aku berikan hari itu.


"Tiap-tiap hari mak buat sup, sedaplah Pakcik.."


Aku bertanya kepada emaknya macam mana dia lakukan hinggakan sup itu boleh tahan sampai satu minggu? Dia memberitahu padaku bahawa pada hari pertama dia merebus tulang itu,dia telah berpesan kepada anak-anaknya agar tidak membuangkan tulang yang telah dimakan. Dia kutip semula semua tulang-tulang itu dan merebusnya semula untuk dimakan pada hari berikutnya. Itulah yang dia lakukan setiap hari. Dia berkata


"Kalau tidak dapat makan isi, hirup air rebusan tulang pun dah lebih dari cukup untuk anak-anak saya. Dia orang suka sangat."

Aku bertanya lagi "Upah menoreh berapa makcik dapat?"
"Cuma RM3.00 sehari."
"Ayahnya bekerja macam mana"
"Kalau dia dapat ikan itulah yang dibuat lauk setiap hari."


Rupa-rupanya aku terlupa bahawa aku sebenarnya hidup dalam keadaan mewah..
Pernahkah anda menghirup air rebusan tulang yang direbus semula sepanjang hidup anda? Atau adakah anda buang saja tulang itu beserta daging-daging yang ada padanya kerana anda kata ianya "TAK SEDAP"? Mungkin kita sudah terbiasa hidup senang hinggakan kita lupa bahawa kalau pun kita susah, masih ramai lagi orang yang lebih susah dari kita.

Wednesday, September 2, 2009

Believe in 5 things for a Happy & Successful Life Believe in your…….….….. ..FAITH Believe in your......… .…...GOALS Believe in your...….. .…..FAMILY

In small details is often the soul of things,

in small gestures, find out the feelings of those

around you, do not do to your lack of time

or dedication to compel the other to

show their problems,

emotional or wishes to understand

and share the pay careful attention

to those around you ..

WHO DO NOT UNDERSTAND A

LOOK NOT UNDERSTAND LONG

AN EXPLANATION

Saturday, August 29, 2009

........>>>

Mengenali seseorang itu, kadangkala membuat kita ketawa, mengenali seseorg itu juga kadangkala membuat kita mengalirkan airmata... sesunguhnya, mengenali seseorang itu mampu memberi kita sejuta rasa marah, sedih, gembira, sayang dan rindu.. tapi, sedarilah kita... mengenali seseorang itu sebenarnya adalah 1 Anugerah... biarpun hadirnya hanya seketika & Sekadar teman Sementara... bersyukurlah dengan kehadirannya. . .. kerana barangkali melaluinya kita mengerti apa itu erti PERSAHABATAN. ...

Friday, August 28, 2009

kita tidak memiliki...

Janganlah kau angkuh melaungkan.. .
Si dia kepunyaan mu ...
Atau kau kepunyaan si dia ...
Kerana hakikatnya.. .
Kita tidak pernah memiliki sesiapa...
Walau sekeping hati seorang insan...
Tidakkah kau sedar...
Hukum alam menyatakan.. .
Mencintai tidak semestinya memiliki?...
Manusia pandai berpura ...
Berlakon di pentas dunia...
Dan bertopeng menutup rahsia..
Tetapi hati...
Tidak pernah berdusta pada empunya...
Tentang perasaan yang bergolak di dalamnya...
Tidakkah kau sedar...
Mungkin si dia melafazkan.. .
Ungkapan cinta pada mu ...
Tetapi hati dan perasaannya. ..
Tidak pernah berniat begitu...
Dia hanya berselindung. ..
Di sebalik sejuta alasan...
Dan kau...
Begitu jujur dan setia mencintainya. .
Sehingga terlupa..
Hukum alam menyatakan..
Mencintai tidak bermakna memiliki..
Sesungguhnya. ..
"Aku tidak pernah memiliki diri mu..."
"Dan kau jua tidak memiliki diri ku."
Mengertilah. ..
Kita sebenarnya kepunyaan..
Yang Maha Esa...
Tiada sesiapa berhak memiliki diri kita...
Kecuali Dia...
Dia mengasihi hamba-Nya...
Dia memiliki hamba-Nya...
Dan ke pangkuan Dia kita akan di kembali..... .

m-o-t-h-e-r

M – O – T – H – E – R

“M” is for the million things she gave me,
“O” means only that she’s growing old,
“T” is for the tears she shed to save me,
“H” is for her heart of purest gold;
“E” is for her eyes, with love-light shining,
“R” means right, and right she’ll always be,
Put them all together, they spell
“MOTHER,”

A word that means the world to me.

Wednesday, August 19, 2009

JANGAN MENCARI TERLALU “SEMPURNA”

Jika kamu memancing ikan……
Setelah ikan itu terlekat di mata kail……
Hendaklah kamu mengambil ikan itu……
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula kedalam air begitu sahaja…….
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya……
Ketajaman mata kail kamu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup……

Begitulah juga……

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang ……
Setelah ia mulai MENYAYANGI kamu……
Hendaklah kamu MENJAGA hatinya……
Janganlah sesekali kamu terus MENINGGALKANNYA begitu saja……
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu……
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia masih mengingati kamu……

Jika kamu MENADAH air biarlah berpada……
Jangan terlalu berharap pada takungannya dan menganggap ia begitu teguh……
Cukuplah sekadar untuk KEPERLUANMU sahaja……
Kerana apabila ia mulai RETAK ….t
idak sukar untuk kamu menampal dan memperbaikinya semula……
Dan bukannya terus dibuang begitu sahaja……

Begitulah juga……

Jika kamu sedang memiliki seseorang…. TERIMALAH dia seadanya……
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan mengganggapkan dia begitu istimewa……
Anggaplah dia manusia biasa……
Kerana apabila dia melakukan KESILAPAN …. t
idaklah sukar untuk kamu MEMAAFKANNYA dan MEMBOLEHKAN hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhir hayat
Dan bukannya MENGHUKUMNYA dan MENINGGALKAN dia begitu sahaja kerana kamu merasa terlalu kecewa dengan sikapnya
Lalu semuanya akan menjadi TERHENTI begitu sahaja……


Jika kamu MEMILIKI sepinggan nasi……
Yang kamu pasti baik untuk diri kamu……
Yang MENGENYANGKAN dan BERKHASIAT ……
Mengapa kamu berlengah lagi?
Cuba mencari makanan yang lain……
Kerana terlalu ingin mengejar KELAZATAN ……
Kelak, nasi itu akan BASI sendiri dan kamu sudah t
idak boleh menikmatinya lagi……
Kamu akan MENYESAL ……

Begitulah juga……

Jika kamu telah bertemu dengan seorang INSAN ……
Yang kamu pasti boleh membawa KEBAIKAN kepada dirimu……
MENYAYANGIMU
…. MENGASIHIMU ….dan MENCINTAIMU ….
Mengapa kamu berlengah lagi?
Cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain……
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN ……
Kelak, dia akan BERJAUH HATI dan kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain……
Kamu juga yg akan MENYESAL dan t
idak ada gunanya lagi……

Oleh itu janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN kerana ia bukanlah faktor utama KEBAHAGIAAN yang sempurna, sedangkan jika kita boleh memaafkan KESILAPAN orang yang kita sayang dan akur dengan KEL
EMAHANNYA sebagai manusia biasa serta BERSYUKUR dengan apa yang kita sudah MILIKI …kita akan BAHAGIA, BAHAGIA dan terus BAHAGIA …itu lebih BERMAKNA !

“Begitu hidup ini tiada yang abadi yg patah Kan tumbuh yang hilang Kan berganti, namun yang berganti tidak mungkin sama seperti yang hilang”

Kalo tuhan tu baik,kenapa buat neraka?

Ini kisah benar..kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam

Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk m ema stikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan m ema tuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dlm setiap operasi sebegini,seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berh ema h, kerana hukuman dan denda s ema ta-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005,seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda la...

Setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, Ustaz ni pun bagi la nasihat, "lepas ni diharap saudari insaf dan dapat m ema tuhi peraturan. Peraturan ni bukan s ema ta-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nik mat di syurga. kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka..."

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri,tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?" Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab: "Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka takada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga.. Kan Tuhan tu baik?"

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, Ustaz tu pun jelaskan ."perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik,orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semuaorang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol disyurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak.. takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?" tanya ustaz.

"Ah..mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.." rungut si gadis.Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"Gadis tu terdiam.

Ustaz mengakhiri kata-katanya:"Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang men zali mi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak. "

Wednesday, August 12, 2009

akhirnya....dpt jgk gambar clas perhubungan (batch 06/07-10)



waa..after 3 years,finally bru la dpt bergambar bersama2 satu clas...ssh btul nk kumpul bdk2 kej.perhubungan ni...maklumla masing2 dh ad projek..projek besar la ktakn..hihi,smp dh x tido lena,mkn x lalu,mandi x basah..asyik terpikir ja tiap2 mlm...huhu..tp disebabkn tiada lagi gambar yang boleh di buat kenangan masa time blajaq ni..aku ngn bantuan kwn aku telah berjaya mendapatkan bantuan seorang photograper bertauliah..(dalam bidang lain sebenarnya).sorg lecturer biaomedik tuk nk tgkp gambaq kami togther-gether,,,lastly.ni yg terhasil...yg baik ja aku ltak..x elok aku simpan la..hihi...

Wednesday, August 5, 2009

erti sebuah pengorbanan..kasih sayang yang x berpenghujung

sedih gler crita ni..aku dpt dr membe yg sent kt aku...



Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripada aku.
> Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan
> anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah.
>
> Petang itu, pulang saja dari sekolah - ayah memanggil kami berdua. Dia
> meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan
> panjang sedepa di tangan ayah.
>
> "Siapa ambil duit ayah?" tanya ayah bagai singa lapar.
>
> Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua
> kami membisu,cuma tunduk memandang lantai.
>
> "Baik,kalau tak mengaku,dua- dua ayah rotan!" sambung ayah sambil mengangkat
> tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku.
>
> Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya
> sambil berkata, "Saya yang ambil!"
>
> Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu,
> hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. Aku gamam,lidah
> kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik
> tak tumpah.
>
> Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut:
>
> "Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan
> kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?"
>
> Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang
> berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati. Namun adik cukup tabah.
> Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk.
>
> Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang
> takut berkata benar.
>
> Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu
> berkata,"Jangan menangis kak,semuanya dah berlalu!"
>
> Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik.
>
> Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku
> bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah
> berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat
> pra-universiti.
>
> Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di
> ruang tamu. Aku terdengar ayah berkata, "Zah, kedua-dua anak kita cemerlang
> dalam pelajaran. Abang bangga sekali!"
>
> "Tapi apalah maknanya bang...!" aku terdengar ibu teresak-esak.
>
> "Dimana kita nak cari duit membiayai mereka?"
>
> Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu.
> "Ayah,saya tak mahu ke sekolah lagi!"
>
> Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung
> wajah emak,kemudian wajah adik dalam-dalam.
>
> Panggggg.... sebuah penampar singgah di pipi adik. Seperti biasa yang mampu
> aku lakukan ialah menutup muka dan menangis.
>
> "Kenapa kamu ni?Tahu tak,kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan
> kamu, ayah akan lakukan!"
>
> "Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa
> keluarganya keluar daripada kemiskinan," aku memujuk adik tatkala menyapu
> minyak pada pipinya yang bengkak.
>
> "Kakak perempuan... . biarlah kakak yang berhenti."
>
> Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya. Dia membawa
> bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas pangkin tempat
> dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat.... .
>
> "Kak.....untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja
> dan akan kirim wang buat akak."
>
> Apa lagi yang saya tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup
> kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah.
>
> Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa: " Ada pemuda
> kampung tunggu kau kat luar!"
>
> "Pemuda kampung?" bisikku. "Siapa?"
>
> Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan
> pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen. "Kenapa sebut orang
> kampung, sebutlah adik yang datang!"
>
> Sambil tersenyum dia menjawab, "Akak lihatlah pakaian adik ni. Apa yang
> akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?"
>
> Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya.. Aku cukup
> tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas
> bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik.
>
> Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara, "Akak tak peduli apa
> orang lain kata."
>
> Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu.Dia
> mengenakan pada rambutku sambil berkata, "Kak, saya tengok ramai gadis
> pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak."
>
> Aku kaku.. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya
> dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan.
>
> Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen. Aku
> lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu.
>
> "Emak,tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik."
>
> "Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka."
>
> Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan.
>
> "Sakit ke?" aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya.
>
> "Tak....Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan
> serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa.
>
> Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja
> keras."
>
> Apalagi...aku menangis seperti selalu.
>
> Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan
> menawarkan jawatan pengurus kepada adik.
>
> "Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?" kata adik.
>
> "Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik
> ada."
>
> "Adik tak ke sekolah pun kerana akak." kata ku memujuk.
>
> "Kenapa sebut kisah lama, kak?" katanya ringkas, cuba menyembunyikan
> kesedihannya.
>
> Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah
> tiada. Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara
> majlis bertanya, "Siapakah orang yang paling anda sayangi?"
>
> Spontan adik menjawab, "Selain emak, kakak saya...."katanya lantas
> menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati..
>
> "Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke
> sekolah.Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai
> kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya. Dia
> berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah
> sebab tertikam tunggul dan calar-balar. "
>
> "Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja
> demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai
> bila-bila."
>
> Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik
> sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria.
>
>
>
> Ya Allah Ya Tuhanku....aku redha akan ujian dari-MU..pintaku, berikanlah aku kekuatan dan ketabahan untuk mengharungi semua ini...

Saturday, August 1, 2009

Kecantikan yang akan kelam...

Oleh Dr Tuah Iskandar Al-Haj

Saya teringat satu kisah yang menimpa seorang ulama sewaktu dia dalam penerbangan. Apabila tiba waktu solat, dia pun pergilah ke tandas untuk berwuduk. Al maklum, tandas di dalam kapal terbang memang sempit, maka dia pun terpaksalah membuka pintu tandas itu ketika berwuduk. Tatkala dia sedang mengangkat salah satu daripada kakinya ke sinki (washing basin), seorang pramugari telah ternampak perbuatan ulama itu dan segera menegurnya.

Pramugari: (Dengan suara dikeraskan) Tuan tak boleh memasukkan kaki ke dalam sinki itu.

Ulama: Mengapa?

Pramugari: Kotorlah sinki itu nanti.

Ulama: Tapi tidak disediakan gayung untuk saya mencuci kaki di mangkuk tandas.

Pramugari: Itu bukan alasan membasuh kaki di sinki.

Ulama: Habis, kalau saya hendak membasuh kaki di mana harus saya membasuhnya?

Pramugari: Tak perlu mencuci kaki ketika menaiki kapal terbang.

Ulama: (Dengan suara lembut dan penuh rendah diri) Berapa kali saudari mencuci muka saudari dalam satu hari?

Pramugari: Tuan, orang macam saya paling tidak cuci muka sekali atau dua kali sehari. Takkan tuan tak tahu pramugari macam kami perlu jaga penampilan wajah. Kami kena rawat wajah kami setiap masa. Kami kena pastikan orang puas hati walau hanya dengan melihat wajah kami.

Ulama: Saya mencuci kaki saya lima kali dalam sehari, satu kali cuci tiga kali berturut-turut, bererti kaki saya lebih bersih dari muka saudari.

Jawapan seperti ini bukanlah pula hendak merendah-rendahkan orang lain tetapi sekadar membuat perbandingan ciri orang beriman bersama bukti dengan orang beriman tanpa bukti. Orang yang beriman bersama bukti, walau apa pun keadaannya dia akan lakukan semua kewajipan biarpun susah, sebaliknya orang beriman tanpa bukti berpegang teguh pada suara hati tetapi tidak sanggup atau kecundang tatakala diberikan sedikit ujian.

Wednesday, July 29, 2009

KEHEBATAN SURAH AL-IKHlas

Allah tidak menjanjikan hidup ini tidak pernah susah,
bersuka-ria tanpa kesedihan, Panas tanpa hujan tetapi
ia memberi kita kekuatan, menenangkan kita semasa
kesedihan dan menunjukkan jalan yang sebenar-benarnya.
Janganlah kita sombong dengan kelebihan yang sementara.


'Au zubillah himinashsyaitan nirrajim..bismilla hirrahmannirrahi m'

Tafsirannya:
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam,
Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana
dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam
tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama
cacing kepanasan. Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas,
kemudian bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahu ahad.
Allahussamad. Lamyalid walam yu-lad. Walam yakul lahu kufuwan
ahad.) sebanyak 3 kali.

Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah.
Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah
berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut. Amalkanlah bersolat
kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan
membantu kita menjawab persoalan kubur.
Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar
menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan
daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab
salam malaikat itu.

Diriwayatkan oleh Iman Bukhari sabda Nabi Muhammad sa.w:
'Barang siapa membaca Qul huwa'llahu ahad 100,000 kali maka sesungguhnya
ia telah menebus dirinya dari Allah, maka menyeru yang menyeru dari pihak
Allah di langit dan di bumi. Kusaksikan bahwa sifulan itu telah menjadi
pemendekaan
Allah sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari sisi Allah, Sesungguhnya ia
adalah
pemerdekaan dari neraka'. Inilah yang dinamakan membaca Qulhua'llah ahad
satu hatam yaitu 100,000 kali dengan diwiridkan seberapa ribu kesanggupan
kita
sehari..

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal
dunia,
maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari
kesempitan
kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi
titian
siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. (Demikian diterangkan dalam
Tadzikaratul
Qurthuby).
Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya Siapakah
antara
Kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangkamasa dua-tiga minit? Tiada seorang

dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan
bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat. Kemudiannya
Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada
Saiyidina Ali
bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang
dikatakannya
itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW
menjawab
dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali

ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran... Lalu dengan membaca
surah
Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca
30 jus
Al-Quran.

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy
di atas 360,000
sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun
perjalanan.

Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya
setiap satu
padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap
padang sahara itu terdapat
80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas.

Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai
Tuhan kami,
sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang
membaca surah
Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.

Sabda Rasulullah SAW lagi:

Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu
tertulis di
sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat
Mikail a.s,
Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam
yakullahu kufuwan
ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.

Siapa membaca surah Fatihah, al-ikhlas, al-falaq, dan an-annas setiap satu
sebanyak 7 kali
selepas solat jumaat, nescaya terpelihara dari perkara keji dan segala bala
hinggalah ke
jumaat yang berikiutnya.

Jika dibaca 3 surah ini al-ikhlas, al-falaq and an-nass pagi dan petang
nescaya tidak
mengalami apa-apa kesusahan.

Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu,
hanya
3 perkara yang akan dibawanya bersama :
1) Sedekah/amal jariahnya
2) Doa anak-anaknya yang soleh
3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain

Tuesday, July 28, 2009

aku?,engkau?

Sayang betul dia kat aku.Aku buat salah teruk, dia menangis satu malam.Dan kemudian esok pagi, dia jumpa aku, dia tersenyum.Kesalahan aku memang tak layak untuk terima senyuman tu.
Apakah memang ada manusia yang murni macam ni?
Dia nak marah, tapi dia nak ketawa.Dia nak pukul, tapi dia nak ketawa lagi.Dia nak tunjal kepala aku, tapi dia takut kepala aku sakit.Dia nak lepaskan kemarahan dia, tapi dia takut aku terasa.Dia nak merajuk, tapi dia nak berbual dengan aku.Dia nak paling muka, tapi dia nak tengok muka aku.Dia nak menangis, tapi dia tak nak bersedih masa tu.Dia nak maafkan aku, sebab dia nak terus sayang aku.
Dia kata aku bodoh, aku kata, memang.Dia kata aku tak fikir, aku kata tu lar pasal.Dia kata aku tak guna otak, aku kata itu betul.Dia kata aku bangang, aku kata paling bangang.Dia kata aku jahat, aku kata takda niat.Dia kata aku takut bila buat salah, aku kata takut gila.Dia kata dah agak dah, aku kagum dengan firasat dia.
Dia dah tak tahu nak kata apa, aku kata, jangan kata apa, pukul je.Dia dah tak nak pukul, aku kata maaf.
Dia tanya dah makan? Aku kata nak makan sama.Dia kata jom. Aku kata dalam hati.."Tuhan, kalau betul dia jodoh, biar aku lawan untuk jodoh ini!"

huhu..h1n1--student yang berani mati kerana terpaksa...wahaha

KANGAR - Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) tidak akan mengikut jejak langkah Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang terpaksa mengambil cuti lebih awal sebagai langkah berjaga-jaga terhadap wabak Infulenza A H1N1 atau selsema babi walaupun seramai enam pelajar UniMAP dikesan mempunyai simptom-simptom wabak itu pada 24 Julai lalu.

Naib Canselor UniMAP, Brigedier Jeneral Datuk Profesor Dr Kamarudin Hussin berkata, dengan memberi cuti atau menutup kelas tidak akan menyelesaikan masalah malah akan merebak lebih luas.

Menurutnya, UniMAP sanggup mengambil risiko untuk meneruskan proses pembelajaran namun masih dalam langkah berjaga-jaga terhadap penyebaran wabak ini.

“Kalau kita memberi cuti kepada pelajar-pelajar untuk pulang ke kampung, saya khuatir wabak ini akan terbawa bersama dan berjangkit kepada keluarga dan penduduk setempat.

“Atau mungkin bagi pelajar yang negatif, sekiranya mereka pulang ke kampung dan didapati kampung mereka disahkan ada kes, kemungkinan apabila pulang ke kampus, mereka akan membawa wabak tersebut masuk ke sini (UniMAP),” katanya ketika sidang media sejurus selepas mendapat makluman mengenai insiden empat pelajar tersebut.

Dr Kamarudin berkata, UniMAP tetap memandang serius perkara ini dan mengambil langkah pantas dengan mengadakan perbincangan dan mesyuarat bersama Jabatan Kesihatan Negeri.

Difahamkan, kejadian tersebut bukanlah berlaku di kawasan keseluruhan UniMAP namun hanya di Kampung Wai, Kuala Perlis, iaitu tempat penginapan pelajar.

Keempat pelajar tersebut yang tinggal serumah dikuarantin di satu tempat selamat tujuh hari bermula 24 Julai lalu dan perbincangan antara UniMAP dan Jabatan Kesihatan Negeri telah memutuskan tidak menutup universiti seperti IPT lain kerana ia merupakan kejadian terpencil di Perlis.

“Ia hanya berlaku di kawasan terpencil kerana UniMAP merupakan kampus berselerak. Keadaan sekarang mampu dikawal oleh UniMAP dengan bantuan daripada Jabatan Ke­sihatan Negeri Perlis,” katanya.

Hari ini aktiviti kuliah atau makmal ditukarkan ser­ta merta kepada aktiviti ‘Kem­pen Kesedaran Kesiha­tan’ untuk seluruh warga UniMAP.
UniMAP turut mengambil langkah proaktif dengan me­nangguhkan beberapa akti­viti utama universiti yang akan dijalankan dalam ma­sa terdekat bagi menum­pukan kepada aktiviti ke­sihatan dan kebersihan pe­ringkat UniMAP.

Monday, July 27, 2009

h1n1 @ unimap..


hr ni 27 hb 7 'o9..merupakan sejarah kpd suma pelajar unimap..haha,nk tau sbb ap...first sbbb 4 org student unimap disahkan positif h1n1...manakala 100 lagi pelajar yg mengalami simptom2 selesema ditahan n dikuarantin di beberapa rum khas dalam kawasan kolej...pg ni jgk menunjukkn tiada sebarg pergerakan dalam kolej..mungkin sbb suma risau atau panik..shga pkul 10 brulh nmpk kelibat pelajar..ianya dikatakan bermula pada ptg ahad lagi..tp suma masih menunggu maklmat yg rasmi...yg bestnya..pg ni bru suma tau x da clas...pintu pagar dikawal ketat oleh pengawal..suma pelajar tidk dibenarkn keluar...huhu,cm dalam tahanan..adoi...asyik pusing2 dlm kolej ja..tiada pergerakan kenderaan pelajar...tp pengalaman kna kuarantin beramai2 ni mmg antra yg plg membosankn...wahaha...kami x dibenarkan cti n balik ke kmpg dsbbkn x mau ad sebrg penyebaran kt kmpg halaman plak..sumanya konon2 sehidup n semati bersama2 unimap..gler ap!!.ap2 pun sumnya kt dlm kwsn pagar..sng nk kawal bunyinya...huhu..ztp ap2 pun...aku bersyukur jgklh...sbb slps saringan..aku disahkan sihat..huhu..sama2 lh kita berdoa agar dijauhkan dari bhaya virus babi ini...

Sunday, July 26, 2009

h1n1...

Silakan H1N1 Menjamah Tubuhku

Entri pada kali ini juga agak pelik. Tajuknya lagilah pelik!

Sekiranya dipandang dari sudut pemikiran mana-mana saintis terhandal dunia sekali pun, mereka akan berkata pelik. Hukum Kufur segera menjatuhkan hukum "Insane" atau Gila bagi manusia yang berkata sedemikian. Mungkin setelah di ambil tekanan darah, terus saja kita dihantar ke Tanjung Rambutan untuk pemeriksaan lanjut pakar.

Sekiranya ditanya Ulamak pun mereka mungkin akan berkata, "Orang minta hindarkan penyakit, dia minta dijatuhi sakit!". Silap haribulan di jatuhi fatwa 'Haram' bagi manusia Islam yang berkata sedemikian.

Sekiranya ditanya Ulamak Sahih, yang mana sujud mereka, berjalan mereka, makan dan minum mereka, hidup dan mati mereka, yang penuntutan dan penyebaran Ilmullah semuanya ikhlas seikhlasnya hanya kepada Allah SWT, yang Maha Berkuasa ke atas setiap sesuatu dan keatas setiap sesuatu yang dijadikanNya, maka mereka akan berkata,

"Sekiranya itulah yang terbaik buatku ya Allah, maka aku redha." dan segera dijatuhi Hukum Sahih iaitu 'Wajib' percaya bahawa segala sesuatu itu datangnya dari Tuhan dan bukannya kuasa kita yang lemah ini untuk menjangkaui kehendakNya.

Niat meredhai sesuatu musibah dari Tuhan ini 'Wajib' ditanam di setiap sanubari umat Islam di setiap nafas yang kita hela dan di setiap nafas yang kita hembus malah di setiap denyutan nadi kita. Tidak boleh kita menghalangNya kerana segala itu kekuasaanNya tetapi diharuskan kita berdoa. Hukum harus boleh berubah kepada Wajib mengikut keadaan.

Jangan lupa! Kita masih ada Doa Penghindar Penyakit dan Doa Penyembuh Penyakit.

Doa Penghindar Penyakit atau Penghindar Sebarang Malapetaka: Doa Dua Nabi

“DENGAN NAMA ALLAH, SESUATU ITU MENURUT APA YANG DIKEHENDAKI ALLAH, TIDAK ADA YANG MENDATANGKAN KEBAIKAN MELAINKAN ALLAH; SESUATU ITU MENURUT APA YANG DIKEHENDAKI ALLAH, TIDAK ADA YANG MENOLAK KEJAHATAN MELAINKAN ALLAH; SESUATU ITU MENURUT APA YANG DIKEHENDAKI ALLAH, SETIAP KENIKMATAN ADALAH DARIPADA ALLAH; SESUATU ITU MENURUT APA YANG DIKEHENDAKI ALLAH, TIADA DAYA UPAYA DAN KEKUATAN MELAINKAN DENGAN ALLAH”

Doa Penyembuh Penyakit Selesema dan Segala Penyakit Berkenaan Dada: Surah Yunus (1-109)
(Baca dan beriman dengan keseluruhan ayat 1-109)

Carilah ayat-ayat bermukjizat dalam Surah Yunus dan kita ketemu penawarnya sepertimana Tuhan berfirman yang bermaksud,

"Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada) dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman." (surah yunus:57)

Nanti dulu, wajib juga bertawakkal kepada Allah SWT.

Doa Tawakkal: Doa Nabi Ayub a.s.

Selaklah helaian bermukjizat al-Quran sekali lagi dan kita ketemu,

"dan (ingatlah kisah) Ayub, ketika ia menyeru Tuhannya: "(Ya Tuhanku), sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Penyayang di antara semua penyayang." (surah al-anbiya:83)

"Maka Kami pun memperkenankan seruannya itu, lalu Kami lenyapkan penyakit yang ada padanya dan Kami kembalikan keluarganya kepadanya, dan Kami lipat gandakan bilangan mereka, sebagai suatu rahmat dari sisi Kami dan untuk menjadi peringatan bagi semua yang menyembah Allah." (al-anbiya:84)


Nanti dulu. Ada lagi Pra-syaratnya:

1. Mestilah beragama Islam, beriman dan menjunjung Rukun Iman serta memahami Sifat 20.
2.Tidak pernah makan babi (dan bahan berasaskan babi) secara sengaja dan sekiranya termakan, sentiasalah bersalawat menyucikan.
3. Telah bertaubat sambil merendah diri kepada Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.


Adab berdoa untuk rawatan penyakit bervirus H1N1.
1. Perlu mematuhi Pra-syarat di atas.
2. Perlu diketahui asal penyakit ini dari babi.
3. Berselawat
4. Berniat
5. Berdoa.
6. Bertawakkal
7. Sentiasa bersyukur kepada Allah SWT, bertambahlah lagi bila berjaya dihindari atau sembuh.
Syukur ke hadrat Allah SWT kerana kita telah menerima Ilmullah bagi menghindari dan merawat H1N1.


Kesimpulan:

H1N1 ialah sejenis virus berdinding protein yang menjadikan babi sebagai perumahnya. Dahulunya hanya menjangkiti babi, tetapi dengan izin Allah SWT , ia mula berumah pada manusia. Kelebihan kita sebagai seorang pengamal ahli Kitab (al-Quran), kita umat Islam diharam menyentuh atau memakan daging serta bahan berasaskan babi. Sekiranya tiada unsur-unsur berasaskan babi dalam darah dan daging kita sudah tentulah H1N1 juga tidak sesuai berumah (dengan izin Tuhan), sudah tentu ada hikmahnya penyakit ini bukan? Fikirlah.

Masihkah laknatullah dan saintis kafir mahu mendustakan ayat-ayat suci al-Quran?

Sekiranya anda yakin bukti-bukti kebesaranNya, sebarkan Ilmullah semoga sama-sama mendapat ganjaran pahala.

Entri pada kali ini juga agak pelik. Tajuknya lagilah pelik!

Sekiranya dipandang dari sudut pemikiran mana-mana saintis terhandal dunia sekali pun, mereka akan berkata pelik. Hukum Kufur segera menjatuhkan hukum "Insane" atau Gila bagi manusia yang berkata sedemikian. Mungkin setelah di ambil tekanan darah, terus saja kita dihantar ke Tanjung Rambutan untuk pemeriksaan lanjut pakar.

Sekiranya ditanya Ulamak pun mereka mungkin akan berkata, "Orang minta hindarkan penyakit, dia minta dijatuhi sakit!". Silap haribulan di jatuhi fatwa 'Haram' bagi manusia Islam yang berkata sedemikian.

Sekiranya ditanya Ulamak Sahih, yang mana sujud mereka, berjalan mereka, makan dan minum mereka, hidup dan mati mereka, yang penuntutan dan penyebaran Ilmullah semuanya ikhlas seikhlasnya hanya kepada Allah SWT, yang Maha Berkuasa ke atas setiap sesuatu dan keatas setiap sesuatu yang dijadikanNya, maka mereka akan berkata,

"Sekiranya itulah yang terbaik buatku ya Allah, maka aku redha." dan segera dijatuhi Hukum Sahih iaitu 'Wajib' percaya bahawa segala sesuatu itu datangnya dari Tuhan dan bukannya kuasa kita yang lemah ini untuk menjangkaui kehendakNya.

Niat meredhai sesuatu musibah dari Tuhan ini 'Wajib' ditanam di setiap sanubari umat Islam di setiap nafas yang kita hela dan di setiap nafas yang kita hembus malah di setiap denyutan nadi kita. Tidak boleh kita menghalangNya kerana segala itu kekuasaanNya tetapi diharuskan kita berdoa. Hukum harus boleh berubah kepada Wajib mengikut keadaan.

Jangan lupa! Kita masih ada Doa Penghindar Penyakit dan Doa Penyembuh Penyakit.

Doa Penghindar Penyakit atau Penghindar Sebarang Malapetaka: Doa Dua Nabi

“DENGAN NAMA ALLAH, SESUATU ITU MENURUT APA YANG DIKEHENDAKI ALLAH, TIDAK ADA YANG MENDATANGKAN KEBAIKAN MELAINKAN ALLAH; SESUATU ITU MENURUT APA YANG DIKEHENDAKI ALLAH, TIDAK ADA YANG MENOLAK KEJAHATAN MELAINKAN ALLAH; SESUATU ITU MENURUT APA YANG DIKEHENDAKI ALLAH, SETIAP KENIKMATAN ADALAH DARIPADA ALLAH; SESUATU ITU MENURUT APA YANG DIKEHENDAKI ALLAH, TIADA DAYA UPAYA DAN KEKUATAN MELAINKAN DENGAN ALLAH”

Doa Penyembuh Penyakit Selesema dan Segala Penyakit Berkenaan Dada: Surah Yunus (1-109)
(Baca dan beriman dengan keseluruhan ayat 1-109)

Carilah ayat-ayat bermukjizat dalam Surah Yunus dan kita ketemu penawarnya sepertimana Tuhan berfirman yang bermaksud,

"Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada) dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman." (surah yunus:57)

Nanti dulu, wajib juga bertawakkal kepada Allah SWT.

Doa Tawakkal: Doa Nabi Ayub a.s.

Selaklah helaian bermukjizat al-Quran sekali lagi dan kita ketemu,

"dan (ingatlah kisah) Ayub, ketika ia menyeru Tuhannya: "(Ya Tuhanku), sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Penyayang di antara semua penyayang." (surah al-anbiya:83)

"Maka Kami pun memperkenankan seruannya itu, lalu Kami lenyapkan penyakit yang ada padanya dan Kami kembalikan keluarganya kepadanya, dan Kami lipat gandakan bilangan mereka, sebagai suatu rahmat dari sisi Kami dan untuk menjadi peringatan bagi semua yang menyembah Allah." (al-anbiya:84)


Nanti dulu. Ada lagi Pra-syaratnya:

1. Mestilah beragama Islam, beriman dan menjunjung Rukun Iman serta memahami Sifat 20.
2.Tidak pernah makan babi (dan bahan berasaskan babi) secara sengaja dan sekiranya termakan, sentiasalah bersalawat menyucikan.
3. Telah bertaubat sambil merendah diri kepada Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.


Adab berdoa untuk rawatan penyakit bervirus H1N1.
1. Perlu mematuhi Pra-syarat di atas.
2. Perlu diketahui asal penyakit ini dari babi.
3. Berselawat
4. Berniat
5. Berdoa.
6. Bertawakkal
7. Sentiasa bersyukur kepada Allah SWT, bertambahlah lagi bila berjaya dihindari atau sembuh.
Syukur ke hadrat Allah SWT kerana kita telah menerima Ilmullah bagi menghindari dan merawat H1N1.


Kesimpulan:

H1N1 ialah sejenis virus berdinding protein yang menjadikan babi sebagai perumahnya. Dahulunya hanya menjangkiti babi, tetapi dengan izin Allah SWT , ia mula berumah pada manusia. Kelebihan kita sebagai seorang pengamal ahli Kitab (al-Quran), kita umat Islam diharam menyentuh atau memakan daging serta bahan berasaskan babi. Sekiranya tiada unsur-unsur berasaskan babi dalam darah dan daging kita sudah tentulah H1N1 juga tidak sesuai berumah (dengan izin Tuhan), sudah tentu ada hikmahnya penyakit ini bukan? Fikirlah.

Masihkah laknatullah dan saintis kafir mahu mendustakan ayat-ayat suci al-Quran?

Sekiranya anda yakin bukti-bukti kebesaranNya, sebarkan Ilmullah semoga sama-sama mendapat ganjaran pahala.