Wednesday, April 4, 2012

Sua rasa

2012..
kehilangan...
al-fatihah buat arwah nenek...
aku masih terasa kehilangan mu..

dan 2012..
satu permulaan yg amat jauh perjalanannya...


dan aku terjumpa artikel berkenaan rezki ni:

Adakah kita kekurangan rezeki? Sebenarnya TIDAK! Kerana semua orang, dgn izin Allah SWT telah diatur rezeki secukupnya.

Cuma untuk menyedarinya, kita perlu luaskan konsep rezeki melebihi wang ringgit & harta kekayaan semata-mata.

1. Kesihatan tubuh badan itu rezeki. Kita dapat beribadah, beramal, belajar & bekerja.

2. Keluarga juga adalah rezeki, yg mana tatkala diperlukan mereka sentiasa di sisi dgn segala dokongan.

3. Ilmu yg bermanfaat juga adalah rezeki, yg dgnnya kita hidup di dunia dgn matlamat yg jelas & insyaAllah meraih hidup yg baik di akhirat pula.

4. Rakan-rakan yg baik juga adalah rezeki, yg dgn itu kita mendapat nasihat & bimbingan utk terus berjuang di dunia ini.

5. Keislaman & keimanan kita juga adalah rezeki. Melaluinya kita mengenal Sang Pencipta Yang Maha Kaya & Pemberi Rezeki. Kita mengenal konsep qana'ah (kecukupan) & sentiasa bersangka baik dgn Allah SWT.

Wallahu a'lam.

"Dan jika Allah melapangkan rezeki kpd hamba-hamba-Nya tentulah mereka akan melampaui batas di muka bumi, tetapi Allah menurunkan apa yg dikehendaki-Nya dgn ukuran. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui (keadaan) hamba-hamba-Nya lagi Maha Melihat." (As-Syura 42: 27)