Tuesday, June 23, 2009

persahabatan....

Persahabatan datang kepada orang yg masih mempunyai harapan, walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yg masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yg masih ingin bersahabat, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yg mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan. Mungkin Allah menginginkan kita bertemu dan bersahabat dengan orang yg salah sebelum bertemu dengan orang yg tepat. Kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu. Hanya Dia yg mengetahui apa yg terbaik untuk hamba-hamba-Nya.

Ada 2 hari yg xperlu kita bimbangkan. Firstly hari kelmarin n 2ndly hari esok. Kelmarin, kita xbley ubah apa yg terjadi, xbley tarik balik perkataan yg kita ucapkan kelmarin, xbley menghapus suma kesalahan n xbley ulang kegembiraan kelmarin. Hari esok, hingga mentari esok hari terbit, kita xkan tau apa yg bakal terjadi, xtau kita gembira or sedih esok. Pintu masa lepas dah tertutup, pintu masa depan belum terbuka. So, yg tinggal hari ini. Tumpukan untuk hari ini. Kita dapat buat banyak perkara hari ini bila kita dapat maafkan hari kelmarin dan lepaskan ketakutan untuk menghadapi hari esok. Hiduplah untuk hari ini, hiduplah apa adanya..

Tiada seorang muslim yg tertimpa kecelakaan, kemiskinan, kesusahan hati, kesedihan, sakit mahupun dukacita hatta kerana tertusuk duri sekalipun, nescaya Allah akan menebus dosanya dengan apa yg menimpanya itu(hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).

No comments:

Post a Comment